Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.W.T, majlis tari 1 Malaysia telah berlangsung dengan gilang-gemilang pada hari ini.
Lebih membanggakan lagi, Puan Pengarah, Pn.Noorul Aini serta Puan Timbalan Pengarah, Pn.Darawisah telah turut sama hadir dan memeriahkan lagi majlis kami yang tidak seberapa ini.
Di kesempatan ini,kami ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis penuh bersejarah ini.
Sekalung penghargaan buat:
Puan Pengarah & Puan Timbalan Pengarah
Pn.Normah, KJ Jab. Pengajian Melayu
Pn.Kasnani, Pensyarah Bahasa Melayu
Seluruh warga G 3.7, PISMP Pendidikan Muzik
Semua peserta persembahan:
Gamelan,Warisan Muzik Asli (band asli),Silat,Zapin,Kipas,Dandiyaa,Bidayuh,Sumazau,Pengacara majlis,pemantun serta semua yang telah menjayakan persembahan pada hari ini.
Pakcik Selvam
Diharapkan agar aktiviti seperti ini diteruskan lagi oleh guru pelatih generasi seterusnya.
akhir kata,
Perkasakan Bahasa,Lestarikan Budaya
"bagaimana rentak,begitulah tarinya"
pautan untuk gambar:
Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Tarikh majlis persembahan tari1Malaysia yang dahulunya ditetapkan pada 29 Januari 2010 telah diawalkan kepada 22 Januari 2010.
Diharap semua AJK dapat menyiapkan segala persiapan dengan baik walaupun dalam jangka masa yang sangat singkat ini.
Kami dengan segala takzimnya ingin menjemput seluruh warga IPGM Kampus Ilmu Khas untuk menyaksikan persembahan tarian 1Malaysia yang akan berlangsung di Galeri Tan Sri Abdul Rafie Mahat pada 22 Januari bersamaan hari Jumaat, bermula jam 3.00 petang.
Kehadiran anda matlah di alu-alukan bagi menyerikan lagi majlis ini.
Masa semakin mencemburui kita. Hari persembahan semakin hampir dengan kita. Sudahkah anda melakukan persediaan yang sepatutnya?
MENCARI PENARI
Mungkin anda menghadapi masalah dalam mencari penari untuk kumpulan anda. Saya ada beberapa cadangan untuk anda cuba:
1. Sebarkan tentang kumpulan tarian anda di laman Facebook.
2. "tag" rakan-rakan facebook anda dengan pautan (link) ke blog ini.
3. Rujuk dengan Biro Kebudayaan JPP.
MENCARI MUZIK LATAR
Bak kata Pn.Kasnani, segalanya di hujung jari pada masa kini.
Ini adalah salah satu cara termudah dan paling berkesan untuk mencari muzik dalam pelbagai format,terutamanya MP3.
1. Buka laman Google.
2. Di petak carian, (search) taipkan "4shared nama lagu format lagu"
3. Klik cari. (search)
4. klik pada hasil carian yang betul.5. sedia untuk muat turun.
MUDAH KAN?
TARIAN-TARIAN TRADISIONAL RAKYAT MALAYSIA
Zapin
Tarian Bidayuh
Tarian India
Tarian Kipas
Tarian Inang
Joget
Sumazau
SUMAZAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
INANG
Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni.
JOGET
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian Kaum Portugis iaitu Branyo. Ketika itu Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada perkataan wrong geng kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita.
TARIAN INDIA
Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, dan Kathak.
ZAPIN
Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
TARIAN KIPAS
Tarian yang sering ditampilkan di berbagai negara ini biasanya ditarikan oleh berapa penari wanita yang bergerak dengan lemah gemalai serta membentuk ornamen-ornamen yang indah sehingga tarian ini memberi keindahan bagi para penontonnya.Tari kipas ini merupakan tari klasik yang dipertunjukan di Istana Raja dengan penari-penari cantik yang terpilih. Pakaian yang digunakan biasanya berwarna terang, seperti putih dan biru. Kipas berwarna pink dan putih yang merupakan kelengkapan utama dalam tarian inipun sangat indah, sehingga apabila digerakkan maka terlihat gerakan-gerakan yang indah seperti bunga yang sedang bermekaran dan langit yang berwarna biru.
TARIAN BIDAYUH
Tarian tradisional masyarakat Bidayuh di mana bertujuan sebagai hiburan selepas menuai padi.
"Bermulanya di sini...."
Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medan perkongsian dan wadah untuk kami, warga G 3.7 di bawah bimbingan Pn.Kasnani (pensyarah Jab. Bahasa Melayu) untuk mempersembahkan hasil kerja kami.
Pada 22 Januari 2010 ini,bertempat di Galeri Tan Sri Abdul Rafie Mahat, kami akan menganjurkan sebuah persembahan budaya 1Malaysia di mana kami akan mempersembahkan pelbagai jenis tarian tradisional dari pelbagai kaum.
Dengan sukacitanya,kami ingin menjemput seluruh warga IPGM Kampus Ilmu Khas untuk datang menyaksikan persembahan tersebut yang akan berlangsung pada 29 Januari 2010, bermula jam 3.00 petang. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini dan demi menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia dalam kalangan warga kampus kita. Sebar-sebarkanlah berita gembira ini ke seluruh kampus kita. =)
Akhir kata,
"bagaimana rentak,
begitulah tarinya".